Ketahui cara dan panduan untuk mengawal dan menurunkan paras
kolestrol dalam darah anda dengan pengambilan supplement yang betul,
bebas dadah dan semulajadi. Tips dan panduan di sini dikongsi khas untuk
anda semua demi kesihatan dan kebaikan bersama supaya fokus kita ialah
dapat turunkan paras kolestrol dalam darah demi kesihatan yang
berkekalan.
Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin
yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda.
Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya
digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan
berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak
kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit
jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga
angin ahmar.
Apakah Kolesterol?
Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda
dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari
kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda
makan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak
berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko
anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara
semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan
mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans
dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka.
Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol
darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian.
Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap
kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam
kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.
Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan
mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda
telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan
diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah
saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam
kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan
makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak
trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.
Supplement dan Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol
1. Alfalfa & Herb-lax
– berfungsi sebagai fiber di dalam usus (yang diperlukan) yang akan
bergabung dengan kolesterol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan
sebagai najis.
2. B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol
3. Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
4. Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.
5. Vita-C – Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.
6. Vita-E – Vitamin E memperbaiki peredaran darah.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk di atas, atau cadangan
produk paling minimum sekiranya anda mengalami kekangan kewangan.
Jauhi lemak tepu, produk tenusu dan kafein!
No comments:
Post a Comment