Produk Untuk Menambahkan Tenaga Sepanjang Bulan Ramadhan











SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEMUA



salam umat islam semuanya....selamat menunaikan ibadah puasa semua alangkah bertuah bagi sesiapa yang menyambutnya dengan ibadah dan mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada-Nya dan alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak bertambah iman dan aml dibulan berkat ini....cepat sungguh masa berlalu kini kita sudah hampir pertengahan bulan ramadhan dan kini sepuluh terakhir Ramadhan hampir menjelma iaitu Allah s.w.t menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar



Firman Allah (surah at-qadar:1-5) bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat jibrail akan turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.



Insyallah sama-samalah kita mencari malam Lailatul Qadar dengan melakukan amal ibadah kerana hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah s.w.t...